Tunai Umrah Bersama Anak, Elfira Loy Reda Tak Dapat Masuk Raudhah Gara-gara Terlewat – “Takkan Nak Marah Anak?”

Pelakon genit Elfira Loy meluahkan rasa syukur apabila dapat mengerjakan ibadah umrah, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elfira yang kini berada di Madinah mengakui berasa gementar lebih-lebih lagi membawa kedua-dua anaknya.

“Dekat Malaysia memang nervous sangat nak bawa Rayyan dan Aria untuk umrah.

“Tapi bila dah sampai, Alhamdulillah boleh. Dengan izin Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Elfira turut berkongsi pengalamannya melakukan ibadah umrah bersama anak kecil. Malah memberitahu dia tidak sempat memasuki Raudhah di Masjid Nabawi.

“Tips saya untuk travel bersama anak-anak untuk umrah ni, kena banyak bersabar je.

“Kena banyak reda kalau kita tak dapat banyak peluang untuk lakukan banyak ibadah. Contohnya pergi Raudhah.

“Haritu El ada book slot tapi terlewat 10 minit terus tak boleh masuk.

“Siapa tak sedih kan, takkan nak marah anak-anak? Nak marah yang lain…Jadi apa perlu kita buat? Reda je,” kongsi ibu kepada dua cahaya mata ini.

Tambahnya lagi, dia turut berharap masih ada peluang untukknya di kemudian hari.

“Insya-Allah doa dekat mana-mana pun Allah dengar.

“Harap masih ada peluang untuk El. Doakan okey,” tutupnya.

Elfira dan keluarga kini sedang berada di tanah arab bagi mengerjakan ibadah umrah.

Khairil Khusyairi