“Tunggu Tapi Tak Ada…. So Disapointed!” – Elizabeth Tan Tawar Tayang Bikini Di IG, Ruangan Komen Dibanjiri Komen Gatal Netizen

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa dengan panggilan Lizzy sememangnya seringkali dilihat berkongsi video bersama suami menerusi akaun Instagram miliknya.

Namun perkongsiannya kali ini mencuri perhatian netizen apabila beliau bertindak menayang bikini miliknya  menerusi video berdurasi kurang dari 30 minit berserta kapsyen yang berbunyi, ‘Nak tengok Lizzy pakai bikini?’.

Seperti yang sudah dijangkakan, ruangan komen video tersebut kini dibanjiri dengan mesej lucah daripada pengikut lelaki beliau.

Sementara itu, ada juga segelintir peminat Lizzy yang tampil menegur tindakan kaum lelaki yang seolah-olah tidak malu dengan komen yang ditinggalkan.

Terdahulu, Lizzy pernah memaklumkan bahawa beliau tidak pernah mengambil pusing dengan komen-komen yang berbaur lucah yang ditinggalkan di laman sosial miliknya.

Malah, beliau juga menolak dakwaan yang kononnya dia sengaja berpenampilan seksi demi meraih perhatian peminat lelaki.

 

Salma Syahbuddin