“Ini Untuk Semua Yang Doakan Saya Gagal & Kata Ilmu Tak Berkat!” – Pernah Dihentam Guru Dengan Gangguan Jenaka R*gol, Ain Husniza Berjaya Raih 7A!

Pelajar yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lepas telahpun mendapat keputusan masing-masing pada pagi Khamis. Dikhabarkan, seramai 9,696 calon SPM 2021 berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan semua A!

Ia termasuklah seorang pelajar sensasi bernama Ain Husniza Saiful Nizam, 18, yang pernah tular di media sosial pada tahun lalu akibat berani mendedahkan perangai seorang guru di sekolahnya yang ‘bergurau’ mengenai isu rogol.

Menerusi sebuah ciaapan yang dimuat naik di Twitter miliknya, Ain berkongsi kejayaannya apabila berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM iaitu 7A dan 1B.

Berdasarkan ciapan tersebut, Ain mengakui dia amat tertekan sebelum menjelang peperiksaan SPM serta sering menerima kecaman segelintir pihak yang mendoakan Ain akan gagal dalam peperiksaan penting itu.

“Saya tidak boleh memberitahu semua, betapa tertekannya saya semasa SPM. Bukan saja ramai orang berkata pendidikan saya ‘tiada berkat’, malah turut mendoakan saya gagal dalam pelajaran.

“‘Dah dah la tu, nak fail SPM ke?” “Kau ni belajar takde berkat dari cikgu” “Semua ilmu cikgu bagi kau tu dah ilmu haram, takde berkat’

“Mereka memalukan saya, menjatuhkan saya dari setiap sudut yang mereka boleh. Mesej yang dikongsikan di ciapan ini adalah hanya satu daripada RATUSAN orang yang mendoakan saya untuk gagal.

“Naik turun balai polis. Nangis sana sini, tekanan belajar, tekanan dikecam. Apabila saya baca semua message kritikan yang diberi, saya berjanji pada diri sendiri untuk buktikan bahawa mereka salah,” ujarnya. 

Selain itu, Ain berkata dia tidak pernah mendapat keputusan cemerlang seperti ini. Menurutnya, rezeki yang diterimanya ini adalah atas berkat doa keluarga, guru dan rakan rapat.

“Ain tak pandai, Ain tak pernah dapat keputusan macam ni. Ain jugak percaya, ini semua berkat daripada semua guru yang mengajar saya dan rakan baik yang saya temui.

“Mereka kata saya nampak seperti penagih dadah. Ia sangat jijik dak melemahkan semangat saya. Dan apabila saya menerima surat amaran buang sekolah dahulu, saya terfikir “Bagaimana dengan SPM saya?”

“Tetapi akhirnya, semua yang berlaku adalah untuk diri saya sendiri. Semua pelajar, tidak kira apa keputusan sekalipun kita berhak mendapat keselamatan apabila berada di sekolah. #MakeSchoolASaferPlace,” tulisnya di ciapan yang sama. 

Terdahulu, seorang guru yang mengajar Ain pernah berkata kepada murid lelaki sekelasnya untuk ‘merogol’ perempuan yang berusia 18 tahun ke atas ketika sesi pembelajaran berlangsung. Isu yang dibahaskan oleh guru ini bukanlah isu yang remeh, malah ianya melibatkan ‘maruah’ pelajar perempuan.

Aqilah Paharuzi