#SeoulSaranghae: BTS ‘Hiatus’, Mahu Fokus Projek Solo

Selepas melancarkan album terbaharu mereka berjudul Anthology Album, kumpulan terkenal dari Korea Selatan, BTS memaklumkan bahawa kumpulan yang dianggotai oleh tujuh jejaka itu kini dalam perbincangan hala tuju masa depan mereka.

Menurut salah seorang anggota kumpulan iaitu Jimin, beliau memberitahu BTS kini melalui perjalanan yang agak sukar sebelum ini dan kini, mereka merancang meneruskan projek solo masing-masing.

“Kami cuba mencari identiti kami dan itu adalah proses yang meletihkan dan panjang,” katanya seperti dilaporkan BBC.com.

 

Sementara itu, rakaman perbualan yang telah dimuat naik menerusi laman Youtube rasmi milik mereka juga turut menimbulkan tanda tanya apabila peminat kini sedang berteka teki adakah BTS yang dianggotai oleh Jin, Jimin, V, RM, Suga, J-Hope dan Jungkook itu akan ‘berpecah’ dan membawa haluan masing-masing.

Bagaimanapun, salah seorang ahli menyifatkan rehat itu sebagai “hiatus” namun jurucakap pengurusan kumpulan itu pantas menenangkan semua pihak dengan tampil bersama kenyataan rasmi.

“BTS tidak berehat tetapi akan mengambil masa untuk meneroka beberapa projek solo pada masa ini.
“Mereka akan kekal aktif dalam pelbagai format yang berbeza,” kata Hybe, syarikat hiburan yang menguruskan BTS.
Tenang-tenang sahaja ya Army!” tulisnya.
Salma Syahbuddin