Pelakon Fimie Don atau nama sebenarnya Shafimie Saedon, 25, tampil memukau peminatnya selepas menonjolkan bakatnya dalam nyanyian ketika berduet bersama pempengaruh Dalia Farhana.
Menerusi perkongsian di TikTok, Dalia telah memuat naik video mereka sedang menyanyikan lagu Flowers nyanyian asal Miley Cyrus.
Dalam perkongsian tersebut, Fimie telah tampil menunjukkan bakat terpendamnya menerusi genre hip hop ketika mendendangkan lagu tersebut.
“I can buy myself flowers,” tulisnya.
@daliafarhanai can buy myself flowers 💐
Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kehebatan pelakon itu membuat rap bersama pempengaruh itu.
Betul apa kat Faz kita sebagai penonton juga seharusnya tidak menghakimi apa yang berlaku🤧
Alamak, tiber nama Nora Danish pula yang dipetik ekkk
Kali ni adik pulak muncul back up kakak. Tapi yang paling min fokus lagu background…
Min doa Irma Hasmie terus tabah 🥹🥹