Tya Ariffin Teruja Followers Cecah Sejuta, Cayalah!

Pelakon Tya Ariffin meluahkan rasa teruja apabila pengikutnya di laman Instagram mencecah jumlah satu juta, hari ini.

Menerusi laman Instagram, menantu kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza ini amat berterima-kasih kepada para pengikutnya.

“ Alhamdulillah satu juta followers! Terima kasih banyak folllowers Tya, yang selalu mengisi ruang Instagram Tya dengan comment, doa-doa baik, kata-kata semangat, kritik ataupun saran dan comment apapun juga.

“ Terima kasih atas views dan likes, Tya sangat happy,” tulisnya.

Ibu kepada bayi popular Arif Jiwa ini berharap agar hantarannya selepas ini dapat memberi impak positif kepada pengikutnya.

Sebelum itu, Tya sempat bertanya kepada pengikutnya antara topik yang digemari para pengikutnya.

Nampaknya rata-rata peminat mahukan Tya lebih banyak memuatnaik gambar Arif. Betul tu, memang geram bila dapat tengok wajah Arif ni tau!

SGMS Faida