Ucapan Elfira Loy Buat Suami, Sweet Teruk!

Perkahwinan yang boleh dianggap antara yang ditunggu-tunggu pada tahun 2019 ini sekali lagi mencuri perhatian. Bukan sahaja kerana busana malam berinai nya tetapi, suasana pada majlis perkahwinan pelakon, pengacara dan model, Elfira Loy bersama jejaka pujaan hatinya, Faris Khairol Anuar.

Sumber : Instagram @elfiraloy

Walaupun sudah beberapa hari majlis tersebut berlangsung, El nampaknya hari ini memuat naik caption sweet buat suami tercinta.

Kepada netizen mahupun rakan terdekat kedua-dua pasangan ini, pastinya mereka terkesan dengan hari bahagia pasangan newlyweds kita ni kan? Al-maklumlah, jatuh-bangun sahabat kesayangan mereka ini hanya mereka sahaja yang tahu.
Muat naik itu sekaligus membuatkan ramai followers El membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa buat kedua-duanya.
Tidak ketinggalan, Faris juga turut memuat naik gambar perkahwinan mereka beserta caption ringkas.
Apapun, semoga El dan Faris bahagia #tilljannah.
Salma Syahbuddin