Ulang Tahun Semakin Hampir, Nick Jonas Terkejut Isteri Bawa Pulang…

Kejutan demi kejutan sepanjang hampir setahun mereka berkahwin. Jika dahulu Nick Jonas pernah menghadiahkan Priyanka Chopra sebuah kereta mewah kali ini giliran si isteri pula. 

Sempena ulang tahun mereka yang pertama tidak lama lagi, Priyanka menghadiahkan anjing German Shepherd yang menjadi ahli terbaharu di kediaman mereka.

“Pri pulang ke rumah dengan kejutan terbaik pagi ini. Memperkenalkan @ginothegerman. Saya tidak berhenti tersenyum sejak bangun dari tidur pagi tadi. Terima kasih @priyankachopra,” tulisnya di Instagram.

Menjengah di ruangan komen entri berkenaan, Priyanka meninggalkan komen mengucap selamat ulang tahun perkahwinan pertama kepada suaminya.

“Selamat menghampiri ulang tahun babu, wajah kau…melucukan,” komennya ringkas. 

Tambah Jonas, anjing peliharaan mereka itu dinamakan Gino. Lebih menarik, Gino sudah mempunyai akaun Instagram sendiri.

Tidak sampai berapa jam sahaja, nampaknya pengikut Gino sudah melebihi 170,000. Memang hebat penangan Gino. 

Sebelum ini, Priyanka dilaporkan berada di India atas urusan mempromosikan filem Frozen 2 di mana suaranya digunakan dalam watak Elsa versi bahasa India.

Manakala Jonas pula sibuk dengan konsert Jonas Brother’s Happiness Begins Tour. 

Semoga terus bahagia Nick & Priyanka! 

SGMS Faida