Categories: HiburanTrending

Ulas Kontroversi Pusat Pelacuran, Afdlin Shauki Ingatkan Warganet Lebih Peka Kupas Isu Sensitif

Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) juga pelawak dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki menasihati warganet agar lebih berhati-hati apabila mengeluarkan pendapat mengenai isu-isu sensitif.

Meskipun media sosial adalah medium yang betul untuk berkongsi pandangan dan perasaan namun sebagai pengguna media sosial yang bijak, pelbagai faktor perlu dititikberatkan.

“Media sosial dan juga ‘podcast’ ini terbuka untuk sesiapa membahaskan sesuatu isu atau topik dan tidak ditapis.

“Jadi, untuk itu kita kena lebih berhati-hati apabila bercakap. Tapi itu terpulang, pendapat orang adalah pendapat orang,” katanya.

Mengulas lanjut berkaitan kontroversi Datuk Rosyam Nor, Afdlin menghormati pendapat tersebut.

“Macam di dalam ‘podcast’ Rosyam yang saya dengar dia cakap, itu pendapat peribadinya dan bukanlah dia cakap, ini sepatutnya apa yang jadi.

“Tak tahulah, pada saya terpulang pada orang untuk terima atau tidak pendapat itu,” luahnya.

Memetik laporan Harian Metro, sememangnya menjadi ‘permainan’ di media sosial juga memaparkan ‘click bait’ yang berbaur sedikit isu sensasi untuk menarik perhatian ramai menonton video yang dihasilkan itu.

“Cara menarik perhatian ramai di media sosial adalah membincangkan isu-isu tertentu dengan paparan ‘click bait’.

“Jadi, apabila menunjukkan sedikit ‘part’ video yang sensasi boleh menarik orang menonton ‘podcast’ itu.

“Itulah caranya di media sosial untuk menarik perhatian kita dengan sedikit sensasi.

“Tapi, apabila kita tengok keseluruhan video itu, mungkin tak ada pun. Bendanya (perbahasan) mungkin baik saja,” jelasnya.

Sumber : Harian Metro

Syamir Shafie