[VIDEO] Putera Mateen & Dayang Anisha Selamat Bertunang

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah selamat bertunang dengan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah di Istana Nurul Iman, Brunei semalam.

Menurut laporan Borneo Bulletin, Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki menyampaikan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’.

Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Diraja Sahibul Irshad Pengiran Abdul Rahim mengetuai delegasi Pengantin Diraja Lelaki.

Ia disempurnakan mengikut adat dan tradisi Diraja Brunei.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Yang Amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik Sultan Hassanal Bolkiah.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari, manakala acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari.

Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.

Untuk rekod, Mateen, 32, ialah anakanda kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Pasangannya pula ialah cucu penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Majlis Khatam Al-Quran Dayang Anisha & Putera Mateen Raih Perhatian – “Lembutnya Suara Dia”

Sumber: Borneo Bulletin

Khairil Khusyairi