“Dia Memang Garang Tapi Macam Tak Ada Perasaan” – Ummi Nazeera Dedah Perwatakan Sebenar Suami

Pelakon Ummi Nazeera enggan berkongsi lebih kemesraan bersama suami tercinta, Dr. Izzar di media sosial.

Bercakap kepada XTRA, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 33, berkata dia tidak mahu warga maya merasakan tidak selesa dengan kebahagiaannya.

“Sebagai suami dan isteri, ia bukan keterlaluan sebab saya dengan suami tidaklah sampai bertumbuk dalam video. Kami sangat menitikberatkan perkara itu.

“Tak mahu keterlaluan, masa muda dulu mungkin ada terlepas, sekarang saya belajar mahu kurangkan tunjuk kebahagiaan.

“Tak mahu orang tak selesa jika kami terlalu bermesra. Itulah apa yang saya dan suami cuba.

“Tetapi setiap orang ada berbeza gaya, bagi saya kami tidaklah tunjuk mesra sangat di media sosial,” ujarnya.

Berkongsi lebih, pelakon drama fenomena Rindu Kasih itu turut mendedahkan perwatakan sebenar suaminya itu.

“In real life, dia memang garang dan tegas, dia juga macam tak ada perasaan. Mungkin dia seorang doktor, jadi begitulah.

“Masa dia muda dulu, dia bertugas di bahagian kecemasan, jadi dia cakap dia perlu kawal perasaan dengan situasi dalam bahagian tersebut setiap kali bertugas.

“Tapi tidak mengapa sebab saya pula seorang yang ramah jadi ada ‘balance’ disitu. Kalau bab anak-anak dia seorang ayah yang baik.

“Selama enam tahun kami kahwin, saya lihat dia jalankan tanggungjawab dia sebagai ayah dengan baik sekali,” kongsinya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kemunculan istimewa suaminya dalam drama Rindu Kasih 2 baru-baru ini, Ummi memaklumkan perkara tersebut berlaku secara semula jadi.

“Saya rasa ia bukan minat tetapi…. saya pun tak pasti mengapa, mungkin ia terjadi secara semula jadi.

“Content yang dia buat semua sendiri, saya okey sahaja dengan apa yang dia nak buat sebab saya bukan isteri yang mengongkong.

“I’m okay with that, Alhamdulillah,” ujarnya.

Untuk rekod, Ummi Nazeera dan Dr. Mohd Izzar Anwari mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dalam satu majlis tertutup.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Khairil Khusyairi