Umum Nama Anak Kedua, Neelofa & PU Riz Pilih Abdullah Abbas

Pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz tampil mengumumkan nama putera kedua mereka, Abdullah Abbas.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Neelofa menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Neelofa turut menyatakan perasaan hibanya selepas melahirkan anak keduanya, Abbas.

“Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin.

“Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih,” tulisnya.

Sementara itu, pengacara terkenal itu turut menjelaskan maksud disebalik nama-nama tersebut yang telah dipilih untuk kedua-dua anaknya berdasarkan beberapa hadith sahih.

Menurut Neelofa, dia berharap agar putera sulungnya, Bilal dapat menjadi seperti sahabat Rasulullah, Bilal Bin Rabah.

Manakala anak keduanya, kerana perkataan Abdullah itu merupakan nama kegemaran yang disukai Sang Pencipta, dan Abbas merupakan individu yang pernah didoakan oleh Nabi Muhammad SAW.

“Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A.

“Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas.

“Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah”.

“Manakala “Abbas” pula, nabi saw sendiri pernah doakannya. Dan berkat Doa nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak),” katanya.

Sementara itu, Neelofa juga sempat meluahkan rasa bahagianya selepas dikurniakan anak keduanya, Abbas.

“Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.

“Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu,” katanya.

Fatin Nurain