Natasha Hudson Dedah Disuruh Buat Kerja Secara Percuma, Beri Nasihat Pada Influencer Baru Untuk Jual Mahal – “Jangan Letak Harga Murah Sebab…”

Pelakon Natasha Hudson memberi nasihat kepada pempengaruh baru untuk tidak membuat sesuatu pekerjaan dengan meletakkan harga yang rendah mahupun percuma.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia mendedahkan masih menerima permintaan untuk melakukan sesuatu kerja atau membuat ‘review’ secara percuma.

Menurutnya, kerja memerlukan usaha dan dengan hasil kerja tersebut dapat membayar tanggungan hidupnya.

“I cannot stop laughing at this matter when I still get dms requesting for free reviews or work. Work is effort. And work pays bill,” ujarnya.

Sementara itu, dia berpesan kepada pempengaruh baru untuk tidak membenarkan syarikat atau klien untuk mengambil kesempatan keatas diri mereka.

“To the new influencers out there, please don’t sell your self cheap because you are spoiling the market and this too goes to PR companies and clients that take advantage of us,” tegasnya.

Tambah Natasha, jika memilih untuk membuat sesuatu kerja secara sukarela, pastikan buat bersebab.

“Free comes with reasons. We have reasons to do some free stuff only if we choose to do it with a cause,” katanya lagi.

Maya Basir