“Luka Dihati Masih Berdarah”- Ibu Syamsul Yusof

Sekali lagi, hantaran ibu kepada pengarah filem sensasi Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail mencuri tumpuan.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories (IGS), Patimah memuat naik sekeping foto yang memaparkan dua cucunya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah berada dalam kapal terbang yang destinasinya tidak dapat dipastikan.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah kapsyen yang ditulis Patimah pada foto tersebut.

“Luka di hati masih berdarah,” tulisnya.

Walaupun kapsyen yang ditulis begitu ringkas namun ia seolah memberi bayangan mengenai situasi yang dihadapinya.

Sebelum ini, Patimah dilihat lantang bersuara mengenai konflik rumah tangga yang dihadapi anaknya Syamsul dan bekas isteri, pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Boleh Terima Apa Syamsul Buat Untuk Keluarga Perempuan Tidak Bermaruah itu!” – Datin Patimah

Artikel Berkaitan: “Dia Yang Tanggung Segala Derita” – Puji Menantu, Patimah Dedah Puteri Sarah Besar Hati Maafkan Individu Yang ‘Zalim’ Kepada Diri & Anak

Artikel Berkaitan: “Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video-Video Palsu” – Gosip Bakal Nikahi Ira Kaza, Ibu Syamsul Yusof Buka Mulut!

Artikel Berkaitan: Berita Pernikahan Dengan Ira Kazar Jadi Bualan, Ini Harapan Ibu Syamsul Yusof Untuk Puteri Sarah – “Semoga Allah Gantikan ‘Ayah’ Yang Lebih Baik Untuk Cucu-Cucu Saya”

Atiqah Johari