Uqasha Senrose Beri Bunga Pada Kamal Adli, Netizen Teringin Nak Kahwin

Pelakon Kamal Adli terima kejutan istimewa dari isteri tercinta, Uqasha Senrose iaitu jambangan bunga dan coklat buat suaminya.

Menerusi perkongsian Kamal di Instagram, pemberian tersebut tidak bersempena apa-apa hanya cara Uqasha mengingati suaminya.

Kamal memuat naik gambar sedang memegang jambangan bunga besar di mana terdapat bunga mawar, bunga matahari, bunga ‘baby breath’ dan coklat.

“Tua-tua dapat bunga dari cik isteri.. Dia cakap saja nak bagi.. Awwwhh.. Kalau lah bunga ni boleh makan.. Abang ambil buat sarapan sayang.. I love you so much sayang!!,” tulisnya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan romantik ini dan mendoakan kebahagian mereka.

“So sweet both of you. Till Jannah.

“Sweet sangat-sangat…Bila la kita nak dapat bunga macam ni dari orang tersayang. Romantik Uqasha & Kamal.

“Tak pernah tak sweet, mama nak kahwin hm,” komen netizen.

Maya Basir