Categories: Hiburan

UTP & DFP Raih Konsert Junjung Tradisi – A Night with UTP Stars

Demi memberi inspirasi kepada penghayatan seni, budaya dan warisan Malaysia dalam kalangan generasi muda, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) tampil dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP) mempersembahkan konsert bertajuk Junjung Tradisi – A Night with UTP Stars, baru-baru ini.

Konsert istimewa ini diadakan sejajar dengan usaha DFP untuk menjadi dewan ikonik penuh dengan pelbagai persembahan muzik dan kebudayaan yang menarik untuk mencipta pengalaman yang unik kepada semua.

Penonton yang hadir disajikan dengan pelbagai unsur muzik tradisional daripada gamelan Melayu.

Antaranya ialah, Melayu tradisional dan lagu gamelan kontemporari yang dibarisi artis berbakat dari UTP Performing Arts Group (UPAG), kumpulan gamelan Sanggar Kirana dan kumpulan pemuzik tradisional UTP Petra Group.

 

Persembahan selama kira-kira 60 minit itu turut disaksikan oleh hampir 800 ratus penonton yang hadir

Tambahan, konsert pada malam itu turut diwarnakan dengan bingkisan lagu Inang Godampol, Zapin Madah Pusaka dan Joget Selayang Pandang.

Antara lagu lain yang turut dipersembahkan adalah Antara Selat, Kasih, Madah Teruna dan Susuk Angin yang dicipta Teuku Umar Ilany pada 2012.

Sebagai penutup tirai, penonton yang hadir disajikan dengan Tarian Joget yang dipersembahkan secara berpasangan.

Kesimpulannya, persembahan tarian, alatan muzik dan nyayian yang mempamerkan keindahan seni persembahan tradisional Melayu perlu diteruskan dan diketengahkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Afiq Kandi