“Jangan Berlagak Pandai, Kadang Lu Borak Kosong!” – Joe Flizzow Tempelak Siapa Tu?

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow seakan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu lain yang didakwa sombong dan bongkak dalam berbicara.

Joe menerusi ruangan Twitter rasmi miliknya memuat naik sebuah ciapan yang tular di media sosial itu.

“Jangan berlagak pandai jika anda lebih pintar berbual. Kadang kadang lu punya berbual pun kosong je pun,” katanya.

Namun begitu, pelantun lagu Apa Khabar itu tidak menjelaskan secara terperinci mesej berkenaan ditujukan kepada siapa.

Dalam hantaran sama, Joe turut memuat naik sebuah ‘quote’ menyentuh soal kemahiran seseorang individu dalam berbahasa Inggeris.

‘Someone with broken English literally knows every single word that you know, but in a different language. They literally know tens of thousands of more words than you. Think about that the next time you question someone’s intelligence for struggling with the only langugage you know’

Berdasarkan pemerhatian XTRA, seorang pengguna Twitter bertanya kepada Joe sama ada selebriti ini ada bergaduh dengan mana-mana individu.

Joe bagaimanapun menafikan ciapannya itu adalah kerana bergaduh.

Aqilah Paharuzi