Pelawak dan pelakon dari Indonesia, Vicha mengaku masih trauma untuk menerima cinta mana-mana lelaki selepas dikecewakan sebelum ini.

Akui wanita berusia 32 tahun ini, dia mahu lebih berhati-hati mencari pasangan hidup.

Vicha yang juga ibu tunggal tiga anak berkata, walaupun belum bersedia untuk mencari teman lelaki baru, namun dia belum terdetik untuk menutup pintu hatinya.

“Saya pernah memberi peluang kepada orang baru dalam hidup saya termasuklah ada seorang selebriti tempatan tapi bukan mudah untuk cari pengganti.

“Tambahan pula, lelaki itu bukan hanya perlu terima saya, tetapi tiga orang anak saya juga. Itu yang susah nak cari insan yang boleh terima kita seadanya.

“Kadang-kadang saya malas nak bercinta kerana niat lelaki ini sukar diduga. Mereka bukan ikhlas mencintai tetapi ada niat tersembunyi,” katanya kepada Harian Metro.

Vicha atau nama sebenarnya, Refika Novianti Faturohman mempunyai tiga anak iaitu Aurel Angelina Khezya, 11; Listya Arum Tresnasih, 10; dan Michelle Averina Calysta, 8, yang kini menetap di Bandung, Indonesia.

SGMS Faida