‘Mana Ada Tiru’- Pengarah Nafi Jalan Cerita M4M4 Serupa Filem Mom

“M4M4 tak ada kaitan dengan filem Mom,” demikian komen pengarah filem M4M4, Eyra Rahman mengenai filem arahannya yang dikatakan memiliki jalan cerita yang sama seperti filem itu.
Menurut Eyra, dia sendiri tidak pernah menonton filem arahan Ravi Udyawar itu.
Saya sendiri pun tak tengok filem itu. Jadi, tak timbul isu filem M4M4 meniru filem Mom,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, walaupun jalan ceritanya tak jauh berbeza dengan filem dari India itu, ada perbezaan yang perlu penonton tahu.

“Mungkin ada persamaan dari segi kisah ibu yang membalas dendam untuk anaknya yang menjadi mangsa rogol. Namun, M4M4 mengisahkan mengenai konflik ibu dan anak kandungnya dan berbeza dengan Mom,” katanya.

Ditanya mengenai simbolik penggunaan angka ‘4’ dalam judul filem ini, Eyra memaklumkan bahawa ia adalah simbolik untuk jumlah orang yang dibunuh.

Filem M4M4 membariskan barisan pelakon antaranya Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Niezam Zaidi, Ungku Hariz, Eyra Hazali, Izzy Reef dan ramai lagi.

Filem ini bakal menemui penonton bermula 6 Februari ini.

SGMS Faida