[VIDEO] “Absolutely Correction!” – Kecoh Habis Bila Kampung People Reunion!

Memang pecah perut!

Walaupun hampir lebih sebulan drama Kampung People melabuhkan tirainya, namun impak yang ditinggalkan nampaknya masih berkesan di hati penonton setia mereka! Baru-baru ini penampilan barisan pelakon Kampung People di set Studio Drama Sangat  yang bersiaran pada 8 Februari lalu memang bikin kecoh habis!

Studio Drama Sangat Episod 6 yang dihoskan oleh Nabila Huda itu menampilkan barisan pelakon drama tersebut iaitu Rashidi Ishak (Abu), Elly Mazlein (Minah/Mona), Riena Diana (Ros/Lailer), Kamarul Eqifshah (Adam/Yummy), Hun Haqeem (Jekfer) dan Haeriyanto Hassan (Pak Norbik).

Ambil Inspirasi King Coco Dan Sharifah Sakinah

Ditanyakan tentang ayat-ayat kelakar Laila yang menjadi trending dan sebutan ramai, jelas Riena Diana, idea untuk  meletakkan huruf ‘S’ di setiap perkataan adalah merupakan inspirasi daripada King Coco dan juga Sharifah Sakinah. Tambahnya, Elly Mazlein turut banyak memberi nasihat dan idea untuk merancakkan lagi lakonan mereka.

Bila Kampung People Main “Game Bandar”

Kemeriahan set Studio Drama Sangat dihangatkan dengan permainan di Segmen Kedua dalam Permainan “Tanggal dan Menang”. Memang kecoh apabila ada pasukan yang main tipu! Pasukan yang kalah akan didenda dengan mengepit hidung menggunakan penyepit baju. Permainan diteruskan dengan Acara Kerusi Berirama dan Permainan Tikam Tampal.  Memang pecah perut, habis bersepah set dibuatnya. Korang patut tengok guys!

 

Sumber: Instagram Drama Sangat

 

Sumber: Instagram Drama Sangat

 

Sumber: Instagram Drama Sangat

 

Sumber: Instagram Drama Sangat

Studio Drama Sangat akan bersiaran pada setiap Sabtu, jam 9 malam di TV3. Korang juga boleh saksikan episod penuh di Youtube TV3 dan juga aplikasi Tonton okay.

Haa, korang yang masih belum move on dengan keletah Kampung People, nah Xtra belanja video di bawah ni. Layan!

Sumber: Youtube TV3

Syafiqa Irdina