[VIDEO] “Alhamdulillah, Rezeki Anak..” – Bella Khan Tak Sangka Dapat Beli Rumah Pertama Berharga RM1.58 Juta Di Usia Muda!

Seorang YouTuber dan pempengaruh terkenal, Bella Khan berkongsi berita gembira apabila satu hasratnya yang dinantikan akhirnya telahpun tercapai.

Bella memaklumkan dia akhirnya berjaya membeli sebuah rumah mewah yang bakal menjadi rumah syurga keluarga kecil mereka.

Bella yang baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pertama pada 14 April lalu memuat naik berita gembira tersebut menerusi sebuah video di Instagaram miliknya.

“Another achievement unlocked! Pada usia 26 tahun. Alhamdulillah, Ya Allah terima kasih atas semua pinjaman ini. Tak sangka boleh beli rumah pertama seharga RM1.58 juta.

“Bila loan lulus ni rasa macam takut pulak. Apa pun Alhamdulillah mami and daddy work hard for you okie,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai dalam kalangan netizen yang turut tumpang teruja dengan kejayaan yang dimiliki Bella ketika ini.

Ramai dalam kalangan mereka yang mengucapkan ucapan tahniah kerana berjaya mencapai impiannya untuk membeli rumah mewah di awal usia yang sangat muda.

   

Sebelum ini, Bella ada berkongsi berita gembira di mana dia ‘upgrade’ daripada kereta jenama Viva kepada sebuah kereta jenama mewah Mercedes Benz pada dua tahun lalu setelah lama berangan-angan.

Aqilah Paharuzi