[VIDEO] “Alif…This Is For You” – Sebak! Luah Rasa Bangga & Gembira, Nora Ariffin ‘Ganti’ Arwah Anak Terima Anugerah Akademik Secara Aegrotat

Baru-baru ini, penyanyi Datuk Nora Ariffin berkongsi momen dimana dia mewakili Allahyarham anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan menerima skrol diploma di Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 di Instagramnya.

Menerusi hantaran tersebut, Nora meluahkan rasa bangganya dan gembira dengan pencapaian anaknya itu.

Malah, kapsyen panjang Nora meruntun hati para pengikutnya serta rakan selebriti dan tidak lupa menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak universiti.

“Alif… this Is for you. Mama tolong ambikkan ye, Alhamdulillah congrats.

“Keluarga kecil saya tumpang bangga & gembira dengan pencapaian anakanda Alif Johan, sempat habiskan Diploma sebelum kembali kerahmatullah. Moga Alif tenang di sana.

“Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UITM FITA & sahabat-sahabat yang memberi sokongan pada Alif selama hayat dia. Thank you UITM” tulis Nora.

@uitm_channelDatuk @dnoraariffin hadir ke Istiadat Konvokesyen ke-95 menerima Anugerah Akademik secara Aegrotat untuk arwah anaknya♬ original sound – Universiti Teknologi MARA

Alif menerima Anugerah Akademik secara Aegrotat setelah berjaya menamatkan pelajaran dalam jurusan Diploma Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM Puncak Perdana, Selangor pada Selasa.

Untuk makluman, Alif telah kembali kerahmatullah pada 14 Disember 2019 selepas rebah ketika di rumah secara tiba-tiba dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berhampiran dengan kubur bapanya.

Atiqah Johari