“See You In Court!” – Susulan Didakwa Pukul Bekas Isteri, Afiq Muiz Buat Laporan Polis

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai kontroversi yang timbul melibatkan kes rumah tangga pelakon Afiq Muiz dan bekas isterinya, Pachara Emmanuel Apin yang dikatakan telah dipukul sehingga menyebabkan jari dan kakinya patah.

Ekoran pendedahan itu, pelakon Aishah Azman yang juga merupakan adik kandung kepada Afiq Muiz tampil menolak dakwaan berbentuk fitnah terhadap abangnya dengan menjelaskan Pachara sebenarnya telah berlaku curang.

ARTIKEL BERKAITAN:Berang Aib Afiq Muiz Tercalar, Aishah Azman Dakwa Bekas Kakak Ipar Ada Sisi Gelap – “Curang, Minum Arak, Makan Bab*”

Namun, tidak mengambil masa yang lama Afiq Muiz menerusi hantaran terkini di Instagram memaklumkan, dia kini sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan dan fitnah yang dilontarkan kepadanya.

“Assalamualaikum, laporan polis sudah dibuat, tunggu tindakan seterusnya dari peguam kami atas fitnah-fitnah yang telah dilemparkan,” tulisnya.

 

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram Stories (IGS) milik pelakon drama rantaian popular, Bukan Cinta Aku, Aishah turut berkongsi bahawa Pachara sengaja memutar belitkan tindakannya demi menjatuhkan Afiq.

“Masya-Allah, tengah putar tu, alergik ubat cakap kena pukul, dia cederakan diri sendiri cakap kena pukul. See you i n court!” katanya.

Salma Syahbuddin