Netizen Terkedu Lihat Cara Alisa Anak Hanis Zalikha ‘Healing’ -“Another Level!”

Anak kepada pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Alisa Aisyah sering mencuri tumpuan netizen dengan kecomelannya.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Hanis di laman TikTok yang memaparkan Alisa sedang duduk dengan memakai mask dimuka sambil membuat ‘manicure’ di tangan.

@haniszalikhaHealing versi gegirl♬ OHH WHOO IS SHEEEE – idk

“Healing Versi Gegirl,” tulis Hanis di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagatnya yang seakan-akan sedang healing itu.

“Alisa jaranglah tak slay.

“Kau tengoklah kerusi healing dia.

“Yih kemain lagi dia tu.

“She living the best life.

“Lain macam healing ko dik.

“Another level of healing,” komen netizen.

Malah, ada juga segelintir yang membandingkan zaman-zaman ‘healing’ mereka dengan Alisa.

“Healing aku time kecik main masak-masak dalam kuali buruk mak aku je.

“Healing aku dulu main pasir buat masak-masak.

“Healing zaman aku main colour merah pakai bunga raya baru nak putik tu.

“Dik, akak yang umur 27 tahun pun nak jejak spa healing ini pun azab. Ini dah lawan hukum untuk kakak-kakak dewasa. Menangis tepi bucu katil,” tulis salah seorang netizen.

Dharnieya Nur Amelsa