[VIDEO] Amelia Henderson Jadi Orang Tengah, Zahirah Macwilson Dedah Cara Mengorat Aiman Hakim

Pelakon jelita Zahirah Macwilson mendedahkan pernah mengorat suaminya, Aiman Hakim Ridza melalui Amelia Henderson.

Menerusi perkongsiannya di podcast Studio Sembang, Zahirah pernah meminta tolong Amelia untuk sampaikan mesej kepada Aiman ketika mereka berdua berada di Korea.

“Selepas saya dah bekerjasama dengan Zahirah, saya pergi Korea bersama Aiman untuk satu kempen ni, dan awak ingat tak awak mesej saya?,” tanya Amelia.

Menurut Zahirah, dia mengakui mempunyai perasaan terhadap Aiman yang pada ketika itu masih belum mengenali satu sama lain.

“Saya ingat, saya mesej awak dan saya cakap ‘Boleh tak cakap Hai dekat Aiman untuk saya? Saya sangat meminati dia’. Muka tak malu tau,” jelas Zahirah sambil ketawa.

@studiosembang best wingwoman in KL award goes to me??? 🤪 sis cuba nasib lol. nothing but laughter and smiles when @Zahirah Macwilson is around. one of the most genuine wonderful people i have ever met in @studiosembang tonight 10mlm on @YouTube @Spotify & @applepodcasts don’t miss!! #JomSembang #StudioSembang #fyp #fypシ #Podcast #zahirahmacwilson #ameliahenderson #foryoupage @yes this is amelia 🙄😂 ♬ original sound – Studio Sembang

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen mahu mencuba tips tersebut untuk memikat orang yang diminati.

“DM kawan crush to say hi.

“Oh maknanya kita kena cari kawan dia dulu untuk dapatkan dia.. Thanks for tips,” komen netizen.

Malah, ada yang suka akan gandingan Zahirah dan Amelia yang dikatakan seperti adik-beradik.

“I love this two! Hopefully ada new drama with them both together!!,” kata netizen.

Untuk rekod, Zahirah mendirikan rumahtangga bersama Aiman pada 8 Jun 2019 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Isaac Raees yang kini berusia setahun lebih.Pelakon jelita Zahirah Macwilson mendedahkan pernah mengorat suaminya, Aiman Hakim Ridza melalui Amelia Henderson.

Menerusi perkongsiannya di podcast Studio Sembang, Zahirah pernah meminta tolong Amelia untuk sampaikan mesej kepada Aiman ketika mereka berdua berada di Korea.

“Selepas saya dah bekerjasama dengan Zahirah, saya pergi Korea bersama Aiman untuk satu kempen ni, dan awak ingat tak awak mesej saya?,” tanya Amelia.

Menurut Zahirah, dia mengakui mempunyai perasaan terhadap Aiman yang pada ketika itu masih belum mengenali satu sama lain.

“Saya ingat, saya mesej awak dan saya cakap ‘Boleh tak cakap Hai dekat Aiman untuk saya? Saya sangat meminati dia’. Muka tak malu tau,” jelas Zahirah sambil ketawa.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen mahu mencuba tips tersebut untuk memikat orang yang diminati.

“DM kawan crush to say hi.

“Oh maknanya kita kena cari kawan dia dulu untuk dapatkan dia.. Thanks for tips,” komen netizen.

Malah, ada yang suka akan gandingan Zahirah dan Amelia yang dikatakan seperti adik-beradik.

“I love this two! Hopefully ada new drama with them both together!!,” kata netizen.

Untuk rekod, Zahirah mendirikan rumahtangga bersama Aiman pada 8 Jun 2019 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Isaac Raees yang kini berusia setahun lebih.

Maya Basir