[VIDEO] Anak Faziani Rohban Selamat Bernikah, Namun Kerusi Adik Bongsu ‘Kosong’ Buat Keluarga Sebak!

Anak lelaki kepada pengasas produk kecantikan D’Nars Allahyarham Faziani Rohban, Iqbar Hakim Jasman telah selamat diijab kabulkan dengan suri hati pilihannya.

Namun, di sebalik kegembiraan, terselit kesedihan apabila adik bongsu Iqbar tidak hadir sama ke majlis perkahwinannya itu baru-baru ini.

Menerusi video TikTok perkongsian bapa saudaranya, Faizul Rohban, ia memperlihatkan kerusi yang bertanda nama Qaseh ditinggal kosong manakala kerusi lain telah dipenuhi dengan tetamu.

@faizulrohban Selamat Pengantin Baru @Iqbarhakim_J #jagabaikbaik #fyp #rohbanfamily ♬ Sholawat Sedih – Yabadrotim – Ai khodijah

Perkongsian tersebut telah membuatkan warganet turut berasa sebak dengan nasib yang menimpa keluarga itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dengan keadaan tersebut dan tidak lupa untuk mengucapkan tahniah atas perkahwinannya itu.

Untuk makluman, adik bongsu Iqbar kini tinggal bersama bekas bapa tirinya, Shah Rizal yang telah berumah tangga dengan seorang wanita yang dikenali Aen Syahera selepas pemergian ibunya, Faziani Rohban.

Sebelum ini, timbul beberapa isu mengenai kemalangan maut ibu mereka yang dikatakan mempunyai unsur yang diragui.

Tambah, anak perempuan Faziani, Irdina Hakim Jasman turut mendakwa dirinya dan adik beradik lain dihalau oleh bapa tiri mereka.Anak lelaki kepada pengasas produk kecantikan D’Nars Allahyarham Faziani Rohban, Iqbar Hakim Jasman telah selamat diijab kabulkan dengan suri hati pilihannya.

Namun, di sebalik kegembiraan, terselit kesedihan apabila adik bongsu Iqbar tidak hadir sama ke majlis perkahwinannya itu baru-baru ini.

Menerusi video TikTok perkongsian bapa saudaranya, Faizul Rohban, ia memperlihatkan kerusi yang bertanda nama Qaseh ditinggal kosong manakala kerusi lain telah dipenuhi dengan tetamu.

Perkongsian tersebut telah membuatkan warganet turut berasa sebak dengan nasib yang menimpa keluarga itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dengan keadaan tersebut dan tidak lupa untuk mengucapkan tahniah atas perkahwinannya itu.

Untuk makluman, adik bongsu Iqbar kini tinggal bersama bekas bapa tirinya, Shah Rizal yang telah berumah tangga dengan seorang wanita yang dikenali Aen Syahera selepas pemergian ibunya, Faziani Rohban.

Sebelum ini, timbul beberapa isu mengenai kemalangan maut ibu mereka yang dikatakan mempunyai unsur yang diragui.

Tambah, anak perempuan Faziani, Irdina Hakim Jasman turut mendakwa dirinya dan adik beradik lain dihalau oleh bapa tiri mereka.

Atiqah Johari