[VIDEO] Babak Cium Berlapik Daiyan Trisha & Hun Haqeem Undang Kecaman Netizen – “Tetap Bersentuhan Bibir Tu!”

Pelakon Daiyan Trisha dan Hun Haqeem menimbulkan pelbagai reaksi netizen apabila didakwa melakukan babak bercium di dalam drama terbaharu mereka iaitu W Two Worlds.

Menerusi perkongsian di TikTok @procsniper, Daiyan yang memegang watak sebagai Izara dilihat menampar wajah Hun yang melakonkan watak Aliff sebelum bertindak menciumnya.

Namun, babak ciuman itu dihalang oleh watak Hanna yang dibawakan oleh Elizabeth Tan dengan segera melapik mulut aktres itu dengan pakaian.

Meninjau di ruangan komen, meskipun mereka tidak cium mulut ke mulut namun aksi tersebut mengundang kecaman netizen yang dikatakan melanggar batas agama.

“Walaupun berlapik tetap bersentuhan bibir tu. Ya Allah.

“Nak jugak remake kiss scene tu pasal apa.

“Kiss scene tu dah lah both actors tu Muslim. Why not ambil non-muslims casts je if nak buat this kind of scene?,” persoal netizen.

Sekadar info, drama W Two Worlds ini diadaptasi daripada drama popular Korea Selatan dengan judul yang sama.

Selain Daiyan, Hun dan Elizabeth, drama ini turut dibintangi oleh Mierul Aiman, Tony Eusoff, Faizal Hussein dan ramai lagi.

Maya Basir