[VIDEO] Tular Video Didakwa Teguk Arak Bersama Tiko, Peminat Luah Rasa Kecewa Dengan BCL

Selepas diraikan dengan majlis perkahwinan penuh gemilang disebuah resort mewah yang terletak di Bali, Indonesia, pelakon dan penyanyi popular, Bunga Citra Lestari (BCL) sekali lagi mencuri tumpuan.

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, kelihatan pelantun lagu Wanita Terbahagia itu meraikan majlis perkahwinannya bersama Tiko dengan dihadiri rakan-rakan terdekatnya termasuklah para selebriti popular tanah air itu.

Bagaimanapun, video berdurasi 17 saat yang dikongsikan oleh peminatnya yang dikenali sebagai @Kiaisura6 menerusi Instagram miliknya,  mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat, tertutamanya apabila melihat tindakan Tiko mengagihkan minuman yang diletak didalam gelas kecil didakwa arak.

Lebih mengejutkan, BCL juga kelihatan mengambil gelas tersebut dari tangan suaminya sebelum meraikannya bersama rakan-rakan.

Terkejut dan kecewa dengan tindakan penyanyi itu, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, posting berkenaan telahpun dipadam  oleh pemilik akaun berkenaan.

Namun, hantaran tersebut kelihatan dikongsikan semula menerusi platform X.

“Minum apa tu?,” ciap pengguna yang dikenali sebagai Pai.

 

Terdahulu, BCL dan Tiko Aryawardhana disatukan dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh 100 orang tetamu sahaja terdiri dari ahli keluarga dan rakan karib pasangan itu.

Sekadar info, BCL dan Allahyarham Ashraf Sinclair berkahwin pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair.

Manakala, Tiko pula merupakan seorang duda dan mempunyai tiga orang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.

 

 

Sumber:Instagram, Twitter

Salma Syahbuddin