Konsert ‘Afgan Live In Concert With Orkestra’ Berjaya ‘Healing’ Lebih 3,000 Penonton, Afgan Terharu Lagu ‘Galau’ Jadi Soundtrack Dalam Hidup Peminat

Buat julung kalinya konsert penyanyi kacak terkenal Indonesia, Afgan berjaya memukau peminat yang hadir menyaksikan Afgan Live In Concert With Orkestra di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam, Sabtu lalu.

Tidak memerlukan sebarang gimik untuk menghiburkan penonton, sebaliknya vokal merdu dan lenggok suaranya telah membuat ramai ‘cair’ sepanjang lebih 2 jam konsert itu berlangsung.

Afgan meluahkan rasa terharu apabila setiap lagu-lagunya seakan sudah menjadi ‘soundtrack’ dalam kehidupan mereka.

Malah, Afgan juga berkata ramai yang berkongsi perasaan tentang masalah percintaan kepadanya setiap kali dia menyanyi.

“Setiap kali saya menyanyi, ramai akan ‘curhat ‘ (curah perasaan) dengan saya. ‘Afgan, aku sepatutnya tunang tapi diselingkuh (curang)’.

“Saya rasa senang kerana lagu saya sudah menjadi ‘soundtrack’ hidup mereka saat bahagia dan sedih.

“Rasa terharu sangat apabila lagu saya menjadi pilihan peminat. Kalian menjadi penguat sampai saya mampu bertahan hingga kini,” katanya.

@xtra_my

Replying to @haneybarney Mengapa Tuhan pertemukan kita yang tak mungkin menyatu? Galau teruk dengar lagu ni 💔 #afganliveinkl #afgan #xtra #viral #beritaterkini #motifviral #malaysia #makcikbawang #trending #news

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sementara itu, Afgan berkata konsert tersebut menjadi satu sejarah dalam hidupnya kerana pertama kali membawa lagu Percayalah secara langsung bersama rakan industri, Raisa di Malaysia.

Konsert Afgan Live In Concert With Orkestra diiringi oleh 25 pemuzik orkestra di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose dan membawa sebanyak 25 lagu hits di hadapan kira-kira 3,000 penonton.

Antara lagu yang didendangkan adalah Untukmu Aku Bertahan, Ku Dengannya Kau Dengan Dia, Bawalah Cinta, Bukan Cinta Biasa dan Jodoh Pasti Bertemu.

Artikel Berkaitan: “Kini, Saya Lebih Tenang” – Bertemu Ahli Terapi, Pandemik Beri Hikmah Kepada Afgan Gara-Gara…

Aqilah Paharuzi