[VIDEO] Baby Shima Tampil Sopan & Tutup Aurat Ketika Buat Persembahan Jadi Perhatian – “Kan Elok Pakai Macam Ni”

Nama penyanyi dangdut Baby Shima sering menjadi bualan di bibir netizen, manakan tidak, penyanyi berusia 28 tahun ini sering menggayakan pakaian yang mencolok mata sehingga teruk dikecam.

Terbaharu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila kali ini memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shima memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang membuat persembahan di sebuah acara sempena sambutan memperingati peristiwa agung Isra’ & Mikraj.

Lebih menarik, Shima tampil dengan berbaju kurung berwarna cerah serta hijab yang labuh menutupi dada.

“Selesai bergoyang Ya Habibi hari ini, lain kali datang dulu sebelum berkata-kata” tulis Shima

Tambah Shima, dia mengenakan pakaian tersebut atas kerelaanya sendiri kerana ingin menghormati hari mulia Isra’ dan Mikraj.

“Bila Shima dapat tahu ada show dan hari Isra’ Mikraj, Shima sendiri yang ingin menampil sebegini. Tapi ramai pula sebelum tampil, mereka lebih memilih berkata-kata dulu sebelum melihat, sampai ada yang berkata Shima tidak hormat hari mulia ini.

“Padahal mereka belum melihat dulu penampilan yang akan Shima mempersembahkan di bulan yang mulia ini, sempena Isra’ & Mikraj ini, Shima tahu menyesuaikan diri dalam majlis tanpa disuruh sesiapa,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja apabila melihat penampilan Shima yang sopan menutup aurat. Malah ada yang berharap Shima akan kekal mengenakan pakaian yang sopan.

Khairil Khusyairi