[VIDEO] “Banyaknya Duit Dia!” – Netizen Tergamam Ifa Raziah Beli Emas Lebih RM100,000

Penyanyi dangdut sensasi, Ifa Raziah sering menjadi bualan netizen apabila dikatakan menyanyi sumbang dan akhirnya tersingkir pada minggu keempat di dalam program Terpaling Juara.

Terbaharu, penyanyi berusia 47 tahun itu sekali lagi mencuri perhatian apabila berbelanja lebih RM100,000 di sebuah kedai emas.

Menerusi perkongsian @emasrozita di TikTok, Ifa kelihatan sedang menyarungkan rantai dan cincin emas bersaiz besar.

@kedaiemasrozitaipoh @MissDivaifaraziah ♬ Miss Diva – Ifa Raziah

Di dalam video berkenaan, Ifa berbelanja emas sebanyak RM100,010 adalah sempena hadiah hari jadinya pada hari ini.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen tergamam dengan harga emas yang dibelanjakan dan jumlah wang yang dimiliki Ifa.

Selain itu, ramai yang turut meluahkan rasa gembira dan syukur dengan rezeki Ifa yang mampu berbelanja sebegitu.

Maya Basir