[VIDEO] Baru Buat Live, Tudung Puteri Sarah Sold Out Tak Sampai Setengah Jam! – “Bila Hati Reda, Maka Allah Angkat Lagi Darjatnya”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana terkejut tudung jenamanya sold out dan habis tudung tidak sampai setengah jam.

Menerusi video tular di aplikasi TikTok, aktres drama rantaian Suri Hati ini mengakui terharu atas sokongan tidak putus dari peminatnya.

“Saya masih tak percaya, saya baru live tudung saya dah sold out!

“Jap saya tak percaya, korang tipu kan? Astarghfirulahalazim.. Thank you so much. Alhamdulillah syukur,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sayu melihat and wajah tenang Puteri Sarah meskipun dilanda ujian dalam rumah tangga.

“Allah akan darjah orang yang teraniaya.. dia reda dengan dugaan maka Allah lancarkanlah hidupnya,” kata netizen.

“Bila dia reda atas apa jadi kat dia. Maka Tuhan angkat lagi darjatnya. Murah rezeki,” ujar netizen lain.

Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof mencapai kata sepakat untuk berpisah dan mahkamah menetapkan 18 April depan untuk lafaz cerai.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Perkahwinan Bakal Dinoktahkan, Syamsul Yusof Setuju Cerai Puteri Sarah 18 April Ini

ARTIKEL BERKAITAN: “Berkat Doa Dari Insan Tersayang, Ibu Bapa..” – Syamsul Yusof Reda Melepaskan Puteri Sarah, Fokus Masa Depan Anak-Anak

Aqilah Paharuzi