[VIDEO] Belanja Lagu Terus Hidup, Ziana Zain Luah Hasrat Mahu Berduet Dengan Aina Abdul

Penyanyi tersohor, Ziana Zain meluahkan hasrat mahu berduet bersama bintang ternama, Aina Abdul.

Pelantun lagu popular Putus Terpaksa itu berkongsi perkara berkenaan ketika mengadakan percutian bersama kelab peminatnya, Ziana Folks baru-baru ini.

Jelas Ziana, dia tidak berharap namun menyerahkan segalanya kepada rezeki Allah SWT.

“Nak berduet dengan Aina Abdul. Sekiranya ada rezeki ya, kita tak boleh kata kalau ada.

“Sekiranya rezeki berpihak pada Kak Gee, saya teringin juga…

“Lagu dia dan jiwa dia ada feel dan Kak Gee rasa itu persamaan kami sebab Kak Gee juga daripada feel.

“Kalau dapat lagu daripada dia ataupun dapat berduet dengan dia pun Kak Gee dah bersyukur, Alhamdulillah,” ujarnya.

Video tular di platform TikTok yang dikongsikan oleh peminatnya itu meraih pelbagai reaksi netizen yang juga menantikan kolaborasi Ziana dan Aina menjadi kenyataan.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 11,000 tontonan, 70 komen dan lebih 1,000 tanda suka.

Aqilah Paharuzi