Featured By: Aqilah Paharuzi August 24, 2023 @ 10:31am

[VIDEO] Belanja Lagu Terus Hidup, Ziana Zain Luah Hasrat Mahu Berduet Dengan Aina Abdul

Penyanyi tersohor, Ziana Zain meluahkan hasrat mahu berduet bersama bintang ternama, Aina Abdul.

Pelantun lagu popular Putus Terpaksa itu berkongsi perkara berkenaan ketika mengadakan percutian bersama kelab peminatnya, Ziana Folks baru-baru ini.

Jelas Ziana, dia tidak berharap namun menyerahkan segalanya kepada rezeki Allah SWT.

“Nak berduet dengan Aina Abdul. Sekiranya ada rezeki ya, kita tak boleh kata kalau ada.

“Sekiranya rezeki berpihak pada Kak Gee, saya teringin juga…

“Lagu dia dan jiwa dia ada feel dan Kak Gee rasa itu persamaan kami sebab Kak Gee juga daripada feel.

“Kalau dapat lagu daripada dia ataupun dapat berduet dengan dia pun Kak Gee dah bersyukur, Alhamdulillah,” ujarnya.

Video tular di platform TikTok yang dikongsikan oleh peminatnya itu meraih pelbagai reaksi netizen yang juga menantikan kolaborasi Ziana dan Aina menjadi kenyataan.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 11,000 tontonan, 70 komen dan lebih 1,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 5 Jul 2018

Pengebumian Adam Rayqal Mengundang Tangisan Ramai Orang

Lebih kurang 1000 orang yang hadir termasuk ahli keluarga yang terkesan dengan kejadian yang menimpa bayi lima bulan itu. Pengebumian jenazah Adam dibuat di Tanah Perkuburan Islam Kg. Ladang Tok Pelam bersebelahan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu

Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Mia Ahmad Umum Hamil Anak Kedua

Tahniah Mia dan suami!

Eat Travel Thu, 18 Oct 2018
Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Kes Mahkamah Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Persembahan ‘Intim’ Shawn Mendes, Camila Tarik Perhatian Dunia

Pasangan ini membuat penonton menjerit ketika mereka menari, saling ‘menggoda’, dan hampir bercium.

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

EVERYTHING YOU NEED TO KNOW ABOUT ASIA’S GOT TALENT WINNER ‘THE SACRED RIANA’

The Sacred Riana was crowned Season 2 winner of Asia’s Got Talent earlier this month! Check out these fun facts about her.