[VIDEO] “Berita Baik! Lunch Is Served!” – Selepas ‘Tengok Wayang’, Anwar Ibrahim Belanja Media Nasi Ayam Kunyit

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak menyantuni pihak media dengan memberikan makanan tengah hari selepas petugas media  berkumpul diperkarangan kediamannya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok @jason.yew, Anwar dilihat keluar dari kediamannya sambil ditemani pengawal peribadi yang membawa plastik berupa makanan tengah hari untuk diberikan kepada petugas media selain bertanyakan adakah kerusi mencukupi untuk mereka duduk dan makan.

“Berita baik! Lunch is served… Minta maaf sangat sebab tak boleh masuk kedalam sebab conversion sangat.

“Cukup ke kerusi? Minta maaf sangat. Ni saya belanja nasi ayam mengkunyit,” katanya.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap Anwar yang mesra dan menghormati petugas media meskipun sibuk dengan polemik politik negara ketika ini.

Setakat ini, video tersebut telahpun ditonton lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 80,000 tanda suka.Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak menyantuni pihak media dengan memberikan makanan tengah hari selepas petugas media  berkumpul diperkarangan kediamannya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok @jason.yew, Anwar dilihat keluar dari kediamannya sambil ditemani pengawal peribadi yang membawa plastik berupa makanan tengah hari untuk diberikan kepada petugas media selain bertanyakan adakah kerusi mencukupi untuk mereka duduk dan makan.

“Berita baik! Lunch is served… Minta maaf sangat sebab tak boleh masuk kedalam sebab conversion sangat.

“Cukup ke kerusi? Minta maaf sangat. Ni saya belanja nasi ayam mengkunyit,” katanya.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap Anwar yang mesra dan menghormati petugas media meskipun sibuk dengan polemik politik negara ketika ini.

Setakat ini, video tersebut telahpun ditonton lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 80,000 tanda suka.

Salma Syahbuddin