“Itu Mak Iti! Mak Iti Buat Video!”- Gelagat Aafiyah Panggil Siti Nurhaliza ‘Mak Iti’ Curi Tumpuan Netizen

Pasti ramai yang mengenali anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah yang sering mencuri tumpuan netizen dengan gelagat comelnya.

Terbaharu, tular hantaran seorang pengguna TikTok bernama @watieysoong yang berkongsi video Siti sedang merakam anak dan cucunya bermain.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah ketika Aafiyah menjerit dan memanggil nama ibunya ‘Mak Iti’ dalam video tersebut.

“Oh itu Mak Iti! Mak Iti buat video,” jeritnya di dalam video tersebut.

@watieysoong @Siti Nurhaliza #fyp #ctdk ♬ original sound – watieysoong

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur mendengar Aafiyah memanggil ibunya ‘Mak Iti’ dan turut memuji kecomelannya.

“Sempoi Aafiyah panggil Mak Iti.

“Anak pun panggil Mak Iti comel sangat.

“Alahai comel lah Aafiyah ini. Mak Iti buat video eee,” tulis salah seorang netizen.

Malah, ada juga segelintir yang memuji kepintaran Aafiyah yang bercakap dalam Bahasa Inggeris.

“Bagus Aafiyah kecik kecik cakap Bahasa Melayu pandai, Bahasa Inggeris pun pandai.

“Aafiyah boleh master dua language. Selalunya anak anak lain just boleh speak English je.

“Pandai Aafiyah, cakap Bahasa Inggeris dengan kawan. Cakap Bahasa Melayu dengan ibu. Tapi dua dua sangat fasih.

“Pandai anak Mak Iti speaking English.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 598,000 tontonan, 27,000 tanda suka dan 239 komen.Pasti ramai yang mengenali anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah yang sering mencuri tumpuan netizen dengan gelagat comelnya.

Terbaharu, tular hantaran seorang pengguna TikTok bernama @watieysoong yang berkongsi video Siti sedang merakam anak dan cucunya bermain.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah ketika Aafiyah menjerit dan memanggil nama ibunya ‘Mak Iti’ dalam video tersebut.

“Oh itu Mak Iti! Mak Iti buat video,” jeritnya di dalam video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur mendengar Aafiyah memanggil ibunya ‘Mak Iti’ dan turut memuji kecomelannya.

“Sempoi Aafiyah panggil Mak Iti.

“Anak pun panggil Mak Iti comel sangat.

“Alahai comel lah Aafiyah ini. Mak Iti buat video eee,” tulis salah seorang netizen.

Malah, ada juga segelintir yang memuji kepintaran Aafiyah yang bercakap dalam Bahasa Inggeris.

“Bagus Aafiyah kecik kecik cakap Bahasa Melayu pandai, Bahasa Inggeris pun pandai.

“Aafiyah boleh master dua language. Selalunya anak anak lain just boleh speak English je.

“Pandai Aafiyah, cakap Bahasa Inggeris dengan kawan. Cakap Bahasa Melayu dengan ibu. Tapi dua dua sangat fasih.

“Pandai anak Mak Iti speaking English.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 598,000 tontonan, 27,000 tanda suka dan 239 komen.

Dharnieya Nur Amelsa