“Masya-Allah, Superb Adorable!” – Muat Naik Foto Bilal, Ramai Netizen Terpaksa ‘Tahan’ Geram

Usahawan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor sekali lagi menjadi tumpuan selepas berkongsi foto anaknya, Muhammad Bilal menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Rabu.

Menerusi hantaran itu, Neelofa dilihat berkongsi foto terkini Bilal beserta kapsyen memaklumkan botol yang dipegang Bilal adalah botol kegemarannya.

#bismillahimasyaallah sippy cup kegemaran Bilal,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Neelofa tidak dapat menahan geram melihat kecomelan Bilal.

Bahkan, ada dalam kalangan peminat yang berseloroh mengatakan jika berpeluang mendukung Bilal pasti lengan berasa kebas gara-gara Bilal terlalu sihat.

 

 

Salma Syahbuddin