[VIDEO] “Buat Apa Kita Nak Paksa?” – Shila Amzah Akui Tidak Percaya Peluang Kedua Dalam Hubungan Cinta

Baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah menjelaskan bahawa dirinya tidak mempercayai peluang kedua dalam sesebuah hubungan percintaan.

Kongsi Shila, ramai yang mempersoalkan kepadanya kenapa tidak memberi peluang setelah dengan perhubungannya sebelum ini.

“Orang selalu cakap wei takkan taknak bagi peluang kedua, lepas dah 10 tahun kot sebab, saya dah move on lah… saya tak mau and macam apa benda baik yang boleh berlaku sebab benda Allah dah bagi kita peluang untuk together tapi benda tu taka da jodoh lah kan.

“Bila benda tu memang betul betul tak sesuai, buat apa kita nak paksa? Jadi saya tak percaya pada peluang kedua… itu untuk saya lah,” kata Shila.

Namun begitu, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 32, berpendapat bahawa peluang kedua untuk hubungan persahabatan dan kekeluargaan berbeza dengan percintaan.

“Tapi peluang kedua untuk dalam family apa semua tu dengan persahabatan itu lain cerita. Tapi untuk percintaan yang untuk long term, itu saya kurang kepercayaan,” jelasnya lagi.

Untuk info, Shila Amzah pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018.

Namun begitu, rumah tangga mereka telah berakhir pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.

Atiqah Johari