[VIDEO] Cantiknya! Netizen Doakan Emma Maembong Terbuka Hati Bertudung Semula

Pelakon cantik, Emma Maembong mendapat perhatian warganet apabila tampil sopan dalam sebuah perkongsian di media sosial miliknya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Emma memuat naik video yang memaparkan dia sedang menjalani penggambaran bagi sebuah jenama hijab.

Lebih manis, video tersebut menunjukkan Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail, tampil berrhijab dalam persalinan serba putih.

Ternyata perkongsian tersebut mencuri tumpuan ramai apabila melihat ibu kepada dua cahaya mata ini dengan imej berhijab.

Seperti kebiasaan di ruangan komen, ramai yang memuji imej Emma mengenakan hijab. Malah ramai juga yang turut merindui Emma untuk kembali berhijab semula.

Rata-rata pengikut mendoakan agar Emma terbuka hati dan dilembutkan hati untuk berlitup penuh semula suatu hari nanti.

Untuk info, pada Februari 2019, Emma mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas hampir lima tahun berhijab.

Pelakon berdarah campuran yang dikenali menerusi drama Kau Yang Terindah ini mula mengenakan tudung secara suka-suka dengan memakai selendang di leher.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Istiqamah Dalam Tudung Bukan Perkara Mudah’- Emma Maembong Mengaku Sudah Tidak Bertudung

Khairil Khusyairi