Lips Sync Lagu Dasar Buaya Cinta, Adira Suhaimi Selamba Tunjuk Suami – “Datin Red Is Watching…”

Penyanyi Adira Suhaimi tampil mencuit perhatian pengikutnya selepas melihat gelagatnya lips sync lagu Dasar Buaya Cinta nyanyian Ani Mayuni.

Menerusi perkongsian di TikTok, Adira telah membuat trend itu bersama adiknya, Emma ketika bersiar-siar di taman.

Lebih mencuit hati, Adira selamba memusingkan arah kamera kepada suaminya, Datuk Red yang sedang duduk di bangku.

@adira.suhaimi #fyp ♬ suara asli – 𝙆𝙞𝙡𝙖𝙨 𝙣𝙤𝙨𝙩𝙖𝙡𝙜𝙞𝙖

Terkejut melihat gelagat spontannya itu, rata-rata peminatnya meluahkan rasa terhibur di ruangan komen.

Malah, ada juga yang meminta penyanyi itu membuat trend tersebut bersama madunya, Datin Red.

Dalam perkembangan lain, Adira dan Emma telah menyertai program TV3 Famili Duo Musim Ketiga yang dikendalikan oleh Janna Nick dan Izzue Islam

Selain Adira dan Emma, program itu turut disertai barisan artis hebat seperti Ryan dan Adam, Shila dan Syahir, Syaiful dan Sharif, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Tom dan Fuad.

Orang ramai boleh menonton Famili Duo setiap hari Ahad , jam 9 malam, di TV3 atau secara strim di platform Tonton.Penyanyi Adira Suhaimi tampil mencuit perhatian pengikutnya selepas melihat gelagatnya lips sync lagu Dasar Buaya Cinta nyanyian Ani Mayuni.

Menerusi perkongsian di TikTok, Adira telah membuat trend itu bersama adiknya, Emma ketika bersiar-siar di taman.

Lebih mencuit hati, Adira selamba memusingkan arah kamera kepada suaminya, Datuk Red yang sedang duduk di bangku.

Terkejut melihat gelagat spontannya itu, rata-rata peminatnya meluahkan rasa terhibur di ruangan komen.

Malah, ada juga yang meminta penyanyi itu membuat trend tersebut bersama madunya, Datin Red.

Dalam perkembangan lain, Adira dan Emma telah menyertai program TV3 Famili Duo Musim Ketiga yang dikendalikan oleh Janna Nick dan Izzue Islam

Selain Adira dan Emma, program itu turut disertai barisan artis hebat seperti Ryan dan Adam, Shila dan Syahir, Syaiful dan Sharif, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Tom dan Fuad.

Orang ramai boleh menonton Famili Duo setiap hari Ahad , jam 9 malam, di TV3 atau secara strim di platform Tonton.

Fatin Nurain