Hangat Bercinta Dengan Ahli Perniagaan, Wafariena Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat?

Pelakon Wafariena Roslan mengakui sedang menjalin hubungan rapat dengan seorang jejaka berstatus ahli perniagaan.

Menurut laporan Harian Metro, Wafariena enggan berkongsi lanjut mengenai kekasihnya itu biarpun sudah lebih setahun saling mengenali.

Malah, Wafariena juga hanya akan berkongsi wajah kekasihnya itu apabila mereka sepakat untuk mendirikan rumah tangga kelak.

“Apabila dah nak kahwin baru saya akan kongsikan kepada umum.

“Buat masa ini, saya tak dapat nak kongsikan jejaka yang sedang saya kenali ini.

Khairil Khusyairi