[VIDEO] Daiyan Trisha Duet Lagu Aku & Dirimu Dengan Hun Haqeem Curi Perhatian Netizen – “Jodoh Kuat Ni, Kahwin Je Lah!”

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha memuat naik video berduet bersama aktor Hun Haqeem mencuri perhatian netizen.

Menerusi hantarannya di Instagram, Daiyan dan Hun menyanyikan lagu dari negara seberang yang berjudul Aku Dan Dirimu iaitu nyanyian asal oleh Bunga Citra Lestari dan Ari Lasso.

Di dalam video tersebut, Hun menyanyikan bahagian Ari Lasso manakala Daiyan pula menyanyikan bahagian Bunga.

Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti antaranya Mira Filzah, Ummi Nazeera dan Nelydia Senrose serta netizen turut memuji nyanyian mereka berdua.

Malah, ada yang menyamakan wajah mereka seakan berjodohan selain dapat merasakan keserasian Daiyan dan Hun bersama.

“Huntunglah si Hun dah close dengan crush dia.

“Muka nak dekat sama! Jodoh kuat ni hehe kahwin je lah!

“Orang cakap muka sama ni boleh jadi jodoh,” komen netizen.

Terdahulu, Hun pernah menyatakan dirinya meminati Daiyan yang kemudian didedahkan oleh pelakon Meerqeen menerusi satu temubual.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersipu Malu! Meerqeen Dedah Selebriti Yang Diminati Hun Haqeem

ARTIKEL BERKAITAN: “I Would Say Yes On The Spot” – Dapat Bergandingan Dengan ‘Crush’, Hun Haqeem Kongsi Sifat Daiyan Trisha Yang Disukai

Maya Basir