Categories: SelebritiTrending

Selesai Dirumah Hidayah, Hutang Ali Puteh Berjumlah RM75,486.48 Langsai!

Pelawak Ali Puteh memaklumkan bahawa dia telah melangsaikan hutang terhadap bekas kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali sebanyak RM75,486. 48.

Ali berkongsi perkara tersebut menerusi sesi siaran langsung akaun TikToknya yang memaparkan dirinya hadir ke rumah Hidayah beserta surat peguam.

Semasa sesi pembayaran dilakukan, Ali turut memberi surat akuan kepada Hidayah untuk tidak lagi mendakwa dirinya berkenaan hutang dan tidak memberi sebarang kenyataan selepas ini.

“Saya Encik Syed Ali bin Syed Muhammad Rizuan menyerahkan wang tunai sedemikian RM75,486.48 kepada Puan Siti Nurhidayah.

“Dengan ini, saya berharap selesainya urusan ini tiada lagi dakwa-dakwi tentang urusan hutang ini. Oleh itu, saya juga berharap pihak Puan dan keluarga tidak lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengaibkan saya dan keluarga atau memburuk-burukkan keadaan berkenaan keluarga saya di mana-mana platform media atau sebarang unsur video yang boleh mengaibkan saya.

“Akhir sekali, saya berharap pihak Puan Hidayah dan keluarga memberi kerjasama dengan baik berkenaan urusan ini dan sekiranya selepas ini isu ini berbangkit semula pihak kami tak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” ujar Ali.

Artikel Berkaitan: Jual Kereta, Motor, Trofi & Barang Peribadi, Ali Puteh Berjaya Kumpul RM75,000 Lunaskan Hutang Balu Arwah Abam! Semangat Nak Buka Lembaran Baru

Artikel Berkaitan: Ali Puteh Kongsi Kronologi & Bukti Cuba Selesaikan Hutang Balu Abam, Dedah Perangai Sebenar Hidayah?

Artikel Berkaitan: Ali Puteh Tawar RM500, Nekad Jejak Individu Wanita Biadap Kutuk Isteri Menangis -“Kau Petik Isteri Aku Ya!”

Kredit video: Melodi TV3

Atiqah Johari