[VIDEO] Dakwaan Mahu Bertunang Tak Lama Lagi, Farahdhiya Tampil Perjelas Perkara Sebenar – “Rasanya Tiada Masalah Pun”

Baru-baru ini tular mengenai dakwaan penyanyi dan pelakon, Farahdhiya bakal melangsungkan majlis pertunangan dek kerana perkongsiannya di atas pelamin

Hal ini berikutan Farahdhiya seolah-olah memberi bayangan bahawa dia sudah menempah tempat pertunangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Farahdhiya Bakal Bertunang? – “Dalam Proses Memilih Tarikh Yang Sesuai…”

Terkini, pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu tampil menjelaskan perkara sebenar disebalik perkongsian yang mengundang persoalan warganet di media sosial.

Menurut Farahdhiya, foto yang dimut naik di Instagram (IG) tersebut diambil ketika dia menghadiri majlis pertunangan anak kepada penerbit, A Aida, baru-baru ini.

“Saya tumpang ambil gambar dekat pelamin anak dia.

“Rasanya tiada masalah dan isu, dan saya cakap di IG saya bahawa tempat tunang telah ditempah.

“Sebenarnya tempat itu adalah tempat Kak Aida sendiri, jadi dia cakap pada saya kalau saya nak kahwin atau tunang, bolehlah guna tempat dia, itu maksudnya,” jelas Farahdhiya.

Tambah Farahdhiya lagi, dia menyifatkan perkara tersebut tidak mempunyai isu langsung sebaliknya enggan melayan cakap-cakap netizen.

“Ada juga yang berkata ‘eh peliknya, belum ada calon dah tempah tempat?’.

“Eh suka hati kitalah, hidup kita kan, awak susah hati kenapa? Kita tempah awal-awal, kalau dah ada calon tak payah pening kepala.

“Tiada isu pun, kadang-kadang biasalah netizen, kalau melayan kita pun gila, kalau berfikiran positif, Alhamdulillah,” ujarnya.

Terdahulu, Farahdhiya pernah memberitahu dirinya belum lagi mendirikan rumah tangga kerana 90 peratus lelaki yang mahu mendekati dirinya adalah suami orang.

Kredit: Buletin FM

Khairil Khusyairi