[VIDEO] Dayang Nurfaizah Bakal Muncul Dengan Lagu Melayu Asli?

Dayang Nurfaizah merancang bakal menghasilkan album bergenre klasik atau melayu asli sebagai tanda hadiah buat peminatnya. Sebelum ini Dayang dilihat begitu memukau penonton dengan alunan lagu-lagu melayu asli pada Konsert Kesuma Jiwa 2020 yang berlangsung di Istana Budaya.

Album istimewa Dayang Nurfaizah

Penyanyi yang popular menerusi lagu Lelaki Teragung dan pernah merangkul #AJL31 ini terbuka dengan idea untuk merakamkan lagu melayu asli dan karya klasik dalam sebuah album istimewa.

“Memang ada perancangan ke arah itu. saya mahu melakukannya dan sentiasa dalam perancangan. Saya cuma berharap projek ini suatu hari nanti akan menjadi kenyataan” Katanya.

 

Terdahulu, Dayang turut mengalunkan lagu Melayu asli pada konsert Kesuma Jiwa 2020 yang telah dianjurkan oleh Datuk Rizalman Ibrahim bagi meraikan persahabatan mereka selama dua dekad.

Antara lagu yang berjaya memukau penonton yang hadir pada malam tersebut ialah, Kesuma Jiwa,  Bisikan Hati, Laksamana Raja Di Laut dan lagu Tari Tualang Tiga.

Beliau juga mengakui, untuk menerbitkan album melayu asli bukanlah sesuatu yang mudah, kerana ia memerlukan perancanagn yang sangat rapi.

” Projek ini memerlukan perancangan yang rapi. Bukan mudah untuk mendapatkan karya menarik dan berkualiti” Tambahnya.

Terbaharu, Dayang bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi sebagai hadiah buat peminat setianya pada tahun ini.

Salma Syahbuddin