Categories: Hiburan

[VIDEO] “Dia Memahami & Matang” – Kongsi Ciri Menarik Suami, Kerjaya Seni Nabila Razali Berjalan Seperti Biasa Selepas Kahwin

Penyanyi dan pelakon popular, Nabila Razali, 31, berkongsi beberapa ciri menarik suami, usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, yang membuatkan dirinya jatuh cinta.

Menurut Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Mohd Razali, suaminya merupakan seorang yang mempunyai fikiran matang dan boleh menggalas tanggungjawab.

“Suami merupakan seorang yang sangat memahami, dia sangat matang dalam membuat keputusan atau dalam menggalas tanggungjawab. Sebab tanggungjawab seorang suami kan besar? Jadi saya rasa pasangan yang saya pilih, Insya-Allah tepat.

“Selain itu, saya juga rasa yang jodoh saya ini, Insya-Allah dapat membimbing saya ke arah lebih baik dan bimbing saya juga menjadi isteri yang baik terhadap diri dia,” katanya kepada XTRA.

Biarpun sudah bertukar status sebagai isteri, suami tidak pernah menghalang Nabila untuk terus aktif merencana kerjaya dalam bidang hiburan.

“Suami memahami kerjaya saya. Sekiranya ada apa-apa, hanya perlu maklumkan sahaja. Kami mencari rezeki dalam bidang yang sama jadi dia sangat faham mengenai kerjaya saya,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali Selamat Bergelar Isteri Nik Iruwan

Terdahulu, Nabila selamat mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan dalam sebuah majlis indah di The Chateau Spa and Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang, pada Sabtu.

Padin