[VIDEO] Didakwa Ahli ‘F’, Shuib Hilang Sabar! Gesa Individu Tabur Fitnah Bersua Muka – “Ada Masa 24 Jam, Meh Cari Aku!”

Penyampai radio dan pelawak sensasi, Shuib menyeru individu yang mendakwa dirinya adalah ahli freemason serta mengaitkan arwah isterinya, Siti Sarah untuk bersua muka.

Menerusi hantaran di Instagram pada Isnin, Shuib meluahkan rasa berang terhadap individu berkenaan yang melemparkan fitnah melampau terhadap Shuib dan arwah Siti Sarah.

“Assalamualaikum, banyak hari saya sabar. Hari ini saya terpanggil untuk berkenalan dengan mamat ini yang mana tulisannya terlalulah hebat dan berani.

”Kenapa kau libatkan arwah isteri aku, Siti Sarah?! Freemason? Apa yang kau tahu?

”Meh cakap depan-depan aku. 24 jam, cari aku! Peguam tengah jalan kerja, tunggu!,” tulisnya dalam nada berang.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti memberi sokongan kepada Shuib untuk meneruskan tindakan saman serta meminta individu tersebut untuk memohon maaf secara terbuka di sidang media.



Susulan itu, menerusi sebuah video di Instagram Story (IGs), Shuib berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Semuanya tak betul, geram pula aku! Kalau korang kenal mamat ni, pernah nampak Facebook atau Instagram akaun ke tolong tag.

“Dalam masa 24 jam saya akan cari dia” katanya.

@xtra_my

Berani fitnah, berani tanggung la akibatnya tak gitu? 😙😏 #fyp #xtramy #shuibsepahtu #ahlif #fitnah #cari #mohonmaaf #beritaditiktok #sembangentertaiment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sebelum ini, Shuib telahpun memberi respons mengenai spekulasi tersebut yang dianggap terlalu keterlaluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Burukkan Nama Arwah Siti Sarah, Dakwa Shuib Ahli Organisasi ‘F’, Ini Respons Padu Tuan Badan – “Tunggu Kenyataan Dari Pihak Legal Saya”

Aqilah Paharuzi