Selepas Pengasas Tudung, Aliff Syukri Tuntut Hutang Pada Bekas Menteri Pangkat Tan Sri Pula

Sebelum ini usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil mendakwa individu bergelar usahawan tudung terkenal gagal melunaskan hutang terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri Bengang Pengasas Tudung Acah Alim & Kaya Hutang Berjuta – “Janji Setahun Tapi Dah Masuk 4 Tahun Tak Bayar”

Terbaharu, Aliff sekali lagi mendedahkan seorang bekas menteri bergelar Tan Sri pula untuk menjelaskan hutang berjumlah puluhan juta kepadanya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aliff memaklumkan dia sudah menghubungi individu tersebut namun gagal.

“Tak akan bekas menteri macam ini, saya hubungi dia tak angkat, saya WhatsApp dia tak balas.

“Dulu nak minta bantuan, dia lah terhegeh-hegeh nak jumpa saya.

“Saya tak nak cerita perkara sebenar, nanti malu satu keluarga Tan Sri. Jadi saya sabar sahaja…orang Langkawi mesti kenal dia hartawan satu Malaysia,” dakwanya.

Dalam pada itu, Alif turut merayu agar individu tersebut untuk menghubunginya dan melunaskan hutang tersebut.

“Saya minta tolong lah kalau posting ni dilihat oleh anak dia, ke saudara dia ke Tan Sri ni dah tua janganlah buat saya macam ni menzalimi saya.

“Sila hubungi saya, saya merayu kesian lah saya dan anak bini saya yang dizalami,” harapnya.


Meninjau di ruangan balas, terdapat individu yang tampil memberikan reaksi dengan menyatakan bahawa cukup mengenali individu bergelar Tan Sri itu.

Khairil Khusyairi