[VIDEO] Didakwa Sudah Bercerai Dengan Abang Viva, Ini Penjelasan Eva Noza

Isteri kepada sukarelawan bencana, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ iaitu Eva Noza Zakaria tampil menafikan dakwaan kononnya dia dan suami kini telah berpisah.

Menerusi perkongsian di TikTok, Eva menjelaskan situasi sebenar dan mempersoalkan kesahihan dakwaan yang dibuat sebuah portal berita, baru-baru ini.

“Assalamualaikum, berkenaan dengan berita tersebut sebenarnya sudah lama, tak tahu kenapa masih hari ini orang masih tanya benda yang sama.

“Rasanya mulanya benda ini nampak kecil tapi saya harap orang yang mengeluarkan cerita ini sedar akan kesahihan setiap cerita yang dikeluarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Eva turut berharap pihak yang membuat dakwaan tersebut agar menurukan laporan berkenaan dan tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Tak perlulah benda kecil nak saman sebab Eva berasa mungkin salah faham dan keduanya, ia petikan daripada sesetengah blog atau page (laman).

“Eva malas besarkan cerita, Eva harap sangat mereka yang ‘post’ berkenaan ‘story’ yang tak benar ini, sila turunkan ‘posting’ anda sebelum orang lain salah faham, sebelum fitnah ini berleluasa.

“Kalau boleh postlah benda yang berfaedah dan doalah yang baik-baik,” harapnya.

Untuk info, Abang Viva mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Eva Noza Zakari di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Ayer Keroh pada 14 Oktober tahun lalu.

Khairil Khusyairi