‘Throwback’ Gambar Lesen Memandu, Ketampanan Farid Kamil Dapat Pujian Netizen – “Tak Sangka Dulu Terlibat Dengan….”

Baru-baru ini, pelakon sensasi Farid Kamil meraih perhatian ramai selepas berkongsi gambar ‘throwback’ di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Farid memuat naik gambar lesen memandu lamanya pada tahun 2006 serta tidak menyangka dia pernah terjebak dalam geng rambut belah tengah.

“Tak sangka dulu terlibat juga dengan rambut belah tengah ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai respons wargamaya yang rata-ratanya memuji ketampanannya yang pernah menjadi kegilaan wanita pada suatu ketika dahulu.

Malah, ramai yang menyamakan wajah pelakon Lagenda Budak Setan itu seakan allahyarham Along Spoon.

“Dulu rambut belah tengah pun smart. Rambut macam mana pun tetap hensem. Idola gadis-gadis kalau rambut belah tengah ni. Aktor Malaysia paling hensem.

“Sekali imbas muka awak macam arwah Along Spoon. Astaghfirullah dah macam Along Spoon, hensem betul,” tulis netizen.

Nurul Hana